Kesan kejohanan Piala_Dunia_FIFA_2010

Sosial

Penganjur kejohanan Danny Jordaan menafikan dakwaan bahawa serangan terhadap pasukan kebangsaan Togo yang mengambil tempat di Angola pada bulan Januari 2010, mempunyai sebarang kaitan dengan penyusunan keselamatan Piala Dunia.[31]

Terdapat juga laporan-laporan kecurian terhadap pelancong yang datang untuk Piala Dunia. Para pelancong dari China, Portugal, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun dan Colombia sudah menjadi mangsa jenayah berkenaan.[32]

Pada 19 Jun 2010 selepas perlawanan di antara England dan Algeria, seorang penyokong berjaya menyusup masuk menerusi kawasan kakitangan yang dilantik FIFA di stadium Green Point dan dapat memasuki bilik persalinan pasukan England. Ia telah terjadi sebaik sahaja Putera William dan Putera Harry sudah meninggalkan bilik itu. Penceroboh berkenaan kemudian dilepaskan sebelum diserahkan kepada polis. FA Inggeris membuat aduan rasmi kepada FIFA dan menggesa agar keselamatan dipertingkatkan.[33]

Pembuangan dan penempatan semula

Polis patrol Blikkiesdorp, sebuah penempatan bagi pembuangan .

Seperti acara-acara besar di seluruh dunia,[34] Piala Dunia FIFA 2010 telah dikaitkan dengan orang-orang terbuang,[35][36][37][38][39] yang banyak dakwaan adalah bermaksud untuk 'mencantikkan bandar raya', mengkagumkan pelancong yang melawat dan menyembunyikan penjual jalanan. Pada 14 Mei 2009, pergerakan penjual jalanan yang berpangkalan di Durban, Abahlali baseMjondolo telah membawa kerajaan KwaZulu-Natal ke mahkamah kerana kontroversi Akta Penyingkiran dan Pembasmian Setinggan, bermaksud untuk menyingkirkan setingan-setinggan di Afrika Selatan dan meletakkan penjual jalanan yang tidak berumah ini di perkhemahan transit dalam masa Piala Dunia 2010.[40][41]

Satu lagi kontroversi utama yang mengelilingi persediaan Piala Dunia adalah projek perumahan N2 Gateway di Cape Town, yang merancang untuk memindahkan 20,000 residensi dari Joe Slovo Informal Settlement di sepanjang N2 Freeway yang sibuk dan membina flat-flat sewaan dan rumah-rumah di tempatnya pada masa Piala Dunia 2010.[42] NGO-NGO, organisasi hak asasi manusia, danAnti-Eviction Campaign sudah mengkritik secara umum keadaan-keadaan di dan bagaimana mereka kata ia digunakan untuk memaksa pemindahan keluarga-keluarga yang susah terutamanya untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2010.[39][43][44][45]

Ekonomi

Berapa kumpulan sudah mengalami komplikasi yang merujuk kepada acara-acara sukan berjadual, pengiklanan atau penyiaran, kerana FIFA cuba untuk memaksimakan hak kawalan media semasa Piala Dunia. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah satu ujian ragbi antarabangsa, sebuah South African airline, dan beberapa rangkaian TV networks, semuanya terlibat di dalam pertelagahan undang-undang dengan penganjur Piala Dunia.[46][47][48]

Semasa kejohanan itu, kumpulan pemegang tiket tidak group ticket-holders who did not utilize all tickets they were alloted, yang membawa kepada perlawanan-perlawanan pusingan awal mempunyai tempat duduk kosong sebanyak 11,000 tempat.[49]

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2010 http://maps.bing.com/?mapurl=http://toolserver.org... http://maps.bing.com/GeoCommunity.asjx?action=retr... http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/... http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_i... http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-disl... http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,0... http://www.fifa.com/live/competitions/worldcup/pre... http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/ind... http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/... http://www.fifa.com/worldcup/index.html